cinta cintun hara :)

Saturday 18 June 2011

perkataan yg saya suka buat!


HARA terjah blog nie taw mymye hara suka gile n3 nie 
sbb ape yg die taip semua nie semua hara suka buat dan btl..
xsangka rupa2nye perkataan yg hara suka nie rpa2nye...
rmi kaum perempuan suka pki :) sape yg kenal hara...
mmg kompen akn tahu sikap hara yg dibwh2 nie...
hehehehhehe :) to mymye maaf klu hara copy xbgitaw dulu......


FINE

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan kamu kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai hanya akan membawa kamu berdua bergaduh.

LIMA MINIT

Ini sebenarnya setengah jam. Perempuan selalu menggunakan ia untuk meminta orang lain menunggunya tapi lima minit tue bagi dorang setengah jam.

TAKDE APA-APA

Ini bermakna ada sesuatu yang tak kena dan kamu harus berjaga-jaga jika ia mengatakan “TAKDE APA-APA tapi wajahnya tetap macam kusam dan geram.

PERGILAH !

Perempuan kalau dah naik geram memang perkataan nie akan keluar dari mulutnya, mula-mula kata TAKDE APA-APA, lama-lama dia suruh PERGILAH!. So, hati-hati la yea.

MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukan perkataan, nie signal yang diberikan kepada kamu. Kaum perempuan suka buat signal nie kalau nie malas nak kata apa-apa lagi. Dia rasakan rimas dengan keadaan itu.

MENGELUH YANG PERLAHAN

Ini pun bukan perkataan. “MENGELUH YANG PERLAHAN” membawa maksud yang dia berasa okey dan suka akan keadaan itu. Tapi jika dia berubah mengeluh kuat. Hati-hati la. Pasti ada yang tak kena tue.

OKEY LAH

Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. “OKEY LAH” bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuataan anda yang telah menyakitkan hatinya. “OKAY LAH” selalunya digunakan dengan “FINE” bersama ‘Kening yang terangkat’.

BUAT LAH

Nie ada perkataan memprotes sebenarnya. “BUATLAH” bermakna dia tengah geram dengan sikap anda yang tidak menerima pendapatnya.

TOLONGLAH

Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah kamu lakukan.

TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari “TERIMA KASIH”. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada kamu. Ini menunjukkan yang kamu telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan “MEMGELUH YANG KUAT”. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yan salah selepas “MENGELUH YANG KUAT”” kerana ini hanya akan membuat dia berkata “TAKDE APA-APA”.

4 comments:

Anonymous said...

perkataan ni..aku pon sllu pakai

nuhara said...

:)

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

balas kunjungan..

hi..
ceria ja blog ni..
emm.. ada juga yg sy guna perkataan2 di atas..
hehe

nuhara said...

:) taw xpe

terlebih top :P