cinta cintun hara :)

Tuesday, 9 June 2026

2027

 asslamualaikum......


lama sangat aku tak update blog aku ni,aku pun tak pernah teringat aku masih ada blog tapi aku perlukan sesorang untuk aku meluahkan,aku perlukan dairi untuk aku menulis kembali kisah hidup aku.blog ni aku tubuhkan dari umur 18 tahun sekarang umur aku dah 36 tahun banyak sangat aku nak cerita sedih gembira dan macam-macam lagi. dah 18 tahun dah blog ni hidup aku rasa aku akan kembali mencatat segala macam yang aku rasa didalam ni kerana aku dah tak ada sesiapa lagi yang akn mendengar kisah hidup aku. :) sedih?


iye aku sedang dalam keadaan yang sangat meyedihkan aku kehilangan ibuku 4 tahun lepas dan now aku kehilang orang yang sangat penting dalam hidup aku abang kesayangan ku pada 26/5/2026 diri aku sangat lost dengan kehilangan ni tapi apa kau boleh buat aku kena terima dengan redha dengan permegian mereka.


walaupun aku tahu tiada sesiapa yang akan baca blog ni lagi (itu lebih baikkan) :) kerana aku boleh taip segala-galanya didalam ni tanpa rasa segan silukan :) 


inilah kisahku.... semoga aku akan terus menaip , bercerita dan gembira kembali banyak yang aku nak cerita isi hati aku didalam nie....


2027 london.


Sunday, 20 November 2022

2022

assalamualaikum…..
ya allah 5 tahun dah aku tak update apa-apa dalam blog ni, hari ini terdetik dalam hati nak update blog… aku tak tahu nak luahkan dekat siapa dan aku baru teringat yang aku ada blog dan aku rasa mungkin dah tiada siapa kenal aku dalam blog nie 😂 so aku boleh tulis apa yang aku sukakan? harap dah memang takde siapa yang bacalahkan… aku rasa something not right, entahlah aku tak selesa bila my husband berkawan dengan ex girlfriend dia, normal lahkan bila kita rasa macam tukan? tapi tulah ex dia lama dah tak cari my husband but yesterday she message my husband what the hell kan!! before ni aku tahu yang dia baru divorce, aku tahu dari ig husband aku sebab dia berkawan dengan husband aku, but kau sape doh untuk msg husband aku and ask about our marriage?? and you stalk me and ask my husband why i not put photo my husband just only myself ??? weiii!!! kau sape nak tahu? seriously ???? dan my husband dengan tak bersalahnya esok keluar dengan ex dia 😱!!! serius aku sentap gila babi aku kat london cari rezeki then u all going out without telling me the truth?? aku tak tahu apa husband aku fikir… ya allah… aku husnuzon je fikir yg ex dia nie hanya nak luah perasaan dekat husband aku pasal diri dia kecewa 🤣🤣 entah i don’t know…. tak tahu dah nk kata apa aku rasa macam aku ni spotting sangat dengan husband aku but aku rasa mmg xbaik untuk hubungan kitaorang… 

Wednesday, 3 January 2018

23/12/2017

assalamualaikum.....

23/12/2017 bermulalah kehidupan menjadi isteri orang, macam tak percaya kami dah jadi isteri orang tapi alhamdulillah dipermudahkan semuanya,berjalan lancar apa yang dirancang, walaupun pada awalnya memang ada masalah dengan suami, tapi alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baiknya. terima kasih pada yang hadir pada yang tak hadir pun tak apa kami tak marah lagipun kami buat biasa-biasa je.

BIla dah jadi isteri orang ni kami rasa lain sikit hahaha apa benda nak buat semua kena bincang dengan suami, dulu buat sesuatu mana nak bicang-bincang selalu buat kepala sendiri contoh macam pergi australi dan korea hari tu mana ada nak bincang hahaha tu cerita masa bujang sekarang ni dah tak boleh danh nak buat perangai macam tu dahkan, dah jadi isteri orang kena hormat suami, kena bagitahu apa yang kami buat kat suami.

Petama kali tanggungjawap dah besar rasanya dulu-dulu boleh je nak bangun lewat sekarang tak ada dah,secara automatik dah bangun awal, dah masak untuk suami, dulu mana ada macam tu hahahaha zaman anak dara takadanya nak buat sarapan bagai kadang-kadang je buat hahahaha megaku ok zaman tak kahwin malas dia lain macam sikit, alhamdulillah selama hampir 2 minggu kahwin buat masa ni tak ada apa-apa masalah lagi tak tahulah akan datangkan tapi in sha allah tak ada apa-apalahkan.. ok lah nanti kita update lagi azam tahun baru nak update blog hari-hari :)


ohh lupa tampal gambar satu masa kahwin ok.



Wednesday, 21 June 2017

hai malaysia bye australia

as'salam......

alhamdulilah sampai juga hampa kat malaysia ingat 5 tahun akan datang baru hampa nak jejak malaysia balik tapi takdir tak memihak pada hampa,ikut hati hampa tak balik lagi malaysia tapi tanggungjawap hampa memaksa hampa balik juga ke negara asal hampa,,


korang pun tahukan last year kakak hampa meninggal dunia, jatuh sekejap hampa ALLAH duga hampa masa hampa kat australia takapa hampa redha itu tkdir hampa, hampa balik dengan rasa tanggungjawap hampa pada ibu ayah dan anak buah hampa yang arwah kakak hampa tinggalkan hampa balik,

dan lagi sekali hampa diduga setalah 2 minggu hampa balik ayah pula meninggal dunia, tapi hampa lega hampa sempat tatap dia untuk terakhir kali hampa sempat jaga dia mandikan dia,hampa tak ralat sangat macam hampa ralat hampa tak dapat tengok kakak hampa....


alhamdulillah hampa lega sebenarnya dah balik dan tunang hampa pun lega hampa balik :)
in sha allah hampa kahwin bulan 12 ni.. doakan hampa ye..

hampa takut juga nie banyak yang hampa kena uruskan minta-minta sempatlah hampa nak uruskan urusan kahwin hampa. banyk juga hampa kena selesaikan dahlah hamp tak pi lagi krusus kahwin,
pening kena mula dari mula balik....

sebelum ni hampa tak jadi kahwin hampa dah cancel semua apa yang hampa dah tempah, nie kena cari balik no contact semua orang dahlah hampa tukar no phone dah tak apa slow-slow hampa buat,


okeylah nanti hampa update lagi in sha allah kali ni hari-hari hampa update pasal hampa yelah dah ada kat malaysiakan dah ada laptop hampa balik masa kat australia hampa tak bawak laptop. mana dan hampa nak updatekan.

assalamualikum.....jumpa lagi nanti na,






Friday, 24 March 2017

20.9.2016

Asslamualaikum.....

Lama sangat nurul meyepikan diri... di izinkan Allah nurul diberi kekuatan untuk post entry ini, semoga nurul tabah untuk taip panjang lebar sampai ke titik akhir. 20.9.2016 tarikh yang tak mungkin nurul dapat lupakan sepanjang hidup nurul.

Dibumi australia nurul diturunkan ujian kehilangan kakak tersayang Allah hanya Allah yang tahu kesedihan yang dirasa.. tepat pukul 2 a.m waktu australia dapat call dari keluarga megatakan kakak telah pergi tinggalkan nurul untuk selama-lamanya, terkejut,mengigil rasa tubuh nurul untuk mehadam pekataan Dia dah tak ada.. mulut hanya berkata Allah..Allah kau telah turunkan ujian yang sangat besar pada nurul,sekelip mata KAU ambil seseorang yang sangat rapat dengan nurul.

baru pagi tu tu dia whatapp nurul subhanallah sekejap sahaja kau ambil dia. tanpa kata-kata dapat didengar dibicara dengan nurul iada pesan yang ditinggalkan untuk nurul.

Hati tetap tak percaya sampailah dapat bercakap dengan mak Allah masa ni nurul tak mampu nak berkata dengar suara mak "Kakak kau dah tak ada ...dalam keadaan sedu" jantung nurul seperti nak pecah dengar suara mak lemah tubuh nurul lemah selemah-lemahnya, nurul tertanya kuat ke diri ni nak terima ?kuat ke diri ni nak bicara dengan mak?kuat ke diri ni nak sabarkan mak?kuat ke diri ni nak tenangkan mak? sedangkan nurul kat sini dah terduduk dengan khabar yang tak disangka.

Tanpa sempat kata maaf dapat nurul ucapkan,tanpa sempat nurul katakan nurul sayang dia, tanpa sempat nurul katakan terima kasih jadi kakak yang baik untuk nurul. tanpa sempat semuanya.
Allah telah panggil dia dahulu.

Banyak yang nurul nak cerita dekat dia banyak sangat, tak ada lagi teman nurul nak bergaduh,tak ada lagi teman nurul nak bermanja,tak ada lagi orang yang nurul nak tolong, tak ada lagi orang yang nak membebel,tak lagi orang yang nak megalah dengan nurul,tak ada semua tu.

Nurul tak dapat balik ke malaysia tepat pukul 11 pagi kakak selamat dikebumikan nurul sempat buat video call tengok segala urusan perkebumian. Hanya allah yang tahu teringin sangat nurul nak cium dia buat kali terakhir tapi Allah tak izinkan hanya mampu tengok dari jauh hanya mampu lihat di hp sahaja,

dapat tengok mak keadaan mak, sayunya hati sayunya lihat mak kalau nurul ada, lemahnya mak.
kehilangan anak,kehilagan anak yang rapat dengan nya. dan nurul kehilagan kakak.

Dan in sha allah nurul akan jaga zuriat beliau dengan baik, satu-satu harta yang dia tinggalkan untuk nurul. Ida nurul sentiasa doakan kau di sana in sha allah kita akan jumpa nanti di alam sana.

pergilah insan yang bernama ida noraini bt ramli.

AL-FATIHAH.

22:55 P.M  24.3.2017
AUSTRALIA.




Thursday, 25 August 2016

Assalamualaikum...

As'salam.....

Mencari rezeki dibumi ALLAH s.w.t bukanlah sesenang ABC, tapi usaha selagi mampu, tawakal semoga ALLAH permudahkan semuanya. Fuhh.. lama sangat senyap tanpa khabar berita ye, tak ke mana pun tapi kita tak tahu nak update apa tiap kali nak update asyik tepu je.

Selalu bukak facebook tapi jarang juga update status tengok je lebih, rindu dekat family dekat malaysia rindu dekat mak, tapi nak buat macam mana cari rezeki punya pasal semoga rezeki melimpah ruah cepat-cepat dapat balik malaysia mulakan business.

Dekat sini banyak sabar je kita ni, jumpa orang macam-macam ada yang suka kita ada yang tidak kena pandai bawak diri kalau tidak memang susah, lagi-lagi kalau duduk serumah ALLAH hanya tuhan je tahu tak selesa dia macam mana, minda kena kuat kalau tidak berhuhu lah ye, buat itu salah buat ini tak betul, banyak sabar jelah lagi-lagi kalau orang tu lebih tua, lebih baik elak kan diri, tak kisahlah dia nak kata kita apakan selagi kita boleh elak baik elakkan, kita dekat sini banyak diam. Nak jaga hati semua orangkan.

Kita tak tahu salah apa kita buat, nak kata kita berkurang ajar ALLAH minta simpang tak penah lagi kat sini kita buat hal tapi hamba ALLAH ni tak tahulah taknak bertegur sapa dengan kita, sebagai manusia tak ada yg lari dari buat kesilapan kalau ada berilah tahu ni tidak senyap seribu bahasa tanpa alasan yang kukuh, asyik nak mermerli je, so baik kita jauhkan diri. Dan tak ganggu sape2 kita buat hal sendiri je. Lagi baik, tak sabar nak tunggu bulan 11 nak pergi balik tempat asal robinvale rindu suasa ceria dengan kawan-kawan kat sana.

Monday, 18 July 2016

Hidup di australia

Assalamualaikum....

Fuhhh lama kita tak update blog bersawang dah blog kita, banyak nak cerita banyak sangat-sangat dan pegajaran kita dibumi australia nie ada yang baik ada yang tidak, tapi kita percaya setiap apa yang terjadi ada hikmah dan ada pegajaran yang kita dapat. Berlajar selagi kita mampu belajar.
Yang baik kita jadikan panduan yang tak baik kita jadikan tauladan...

Ok first nasihat dari orang merantau, satu pesan kita kawan-kawan yang terfikir dan tergerak hati untuk mencari rezeki dibumi australia silalah cari banyak info yang ada banyak bertanya jangan main pergi, jangan mengunakan AGENT itu satu nasihat kita kat korang, kebanyakkan orang kita jumpa dekat sini banyak menggunakan agent, sebab bgi mereka apa yang agent janjikan betul. Tidak ye tidak semua yang betul. Janji dapat 14k sebulan atau lebih adalah tak betul bulan petama pedapatan kita takkan boleh cecah macam tu sebab kita masih berlajar untuk petik buah.  So jangan terpedaya.

Sepanjang kita dekat sini hampir 4 bulan banyak yang kita belajar, banyak jumpa orang macam-macam ragam dan perangai, ada yang baik dan sebaliknya pun ada, tapi bagi kita selagi niat kita betul in sha allah kita semua akan selamat, kadang sedih tengok orang seagama kita lalai, minum arak sampai sini semua dah jadi lain yelah negara luar tiada sape nak halang tiada sape nak cegah tiada siapa peduli apa nak buat, solat kemana iman kemana semua dah kelaut. Tapi tulah benda-benda nie semua megajar kita untuk dekat dengan allah swt apa yang terjadi apa yang kita lihat jadikan pegajaran, kita dah nasihat kita dah cuba cegah tapi orang tak dengar apa yang mampu kita buat hanya berdoa yang mereka berubah.

Nanti kita sambung pegalaman kita petik buah sampai habis musim grape ☺

Sunday, 20 March 2016

hari pertama di australia melbourne

assalamualaikum....

ok nurul nak cerita pegalaman pertama nurul dekat melbourne nurul pergi 2 orang nurul dan juga amalin kawan nurul di malaysia. nurul gerak dari malaysia dalam pukul 1.30 p.m jangka sampai di airport melbounre tengah malam, sebelum sampai ke melbounre dalam kapal terbang ad satunkejadian terjadi peghhh dahsyat je rasa sebab masa tu nurul tengh tidur. ada seorang cina hisap vape dalam tandas pramugari ketuk pintu tandas macam nak pecah bayangkan masa tu nurul tengah tidur sambil pakai earphone  dan boleh dengar. masa that guy keluar ramai sangat orang tengok. pegh marah betul pramugari tu lepas ramai orang tengok pramugari tu mulalah cakap bahasa cina mungkin taknak bagi kita orang dengar. rasanya cina tu kena saman huhu gilalah banyak kot rm50000 atau rm500000 gila betul kan hisap rokok atau vape memang boleh dalam kapal terbang bodoh betul.


okey sambung balik so nurul sampai melbounre dalam pukul 1 a.m orang kata masa nak masuk tu agak ketatkan tapi alhamdulillah semua proses tu senang je kat nurul, tak ada kena check apa semua, after je kat kastam nurul terus cati sim card untuk hp nak call orang malaysia nak bagitau nurul sampaikan... sebab sim lama mmg dah xboleh pakai dah jadi tak ada line. so nurul belilah sim optus yes $40 dolar untuk 8gb internet call dan sms unlimited untuk asia so terus call mak kata dah sampai, sebelum lupa waktu kat Australia 3 jam awal dari malaysia so masa call mak tu kat malaysia baru pukul 10 malam.

sebelum lupa nak bagitahu yang nurul datang melbounre bukan untuk bercuti tapi berkerja hehee... after semua settle sim dah beli semua so kitaorang pun gerak keluar airport untuk beli tiket bus untuk pergi ke stations kereta api untuk pergi ke ravinvale so naiklah bus skybus (kalau korang nak dtg korg just ambil bus nie je dont worry bus nie 24 hour) so kami pun naik buslah sampai je kat station kereta apo tu kena tunggu sebab kereta apo tu open dlm 5.30 pagi so kami sampai tu dalam pukul 2 pagi macam tu so terpaksalah tunggu.

so sambil tunggu tu nurul jalan-jalan lah tengok bandar melbounre cantik kalau malam dan sangat sunyi tak banyak kereta pun tak macam malaysia siang malam penuh sangat dengan kereta kat sini tak pun...

masa berjalan tu terjadilah satu kejadian kasut nurul tercabut peghhhh azab weeiii eeee tension gila terpaksalah stay kat tempat duduk sampai esok hari untuk beli kasut baru.

so ke esokkan harinya nurul belilah kasut baru terbang duit $49 dolar huhuhu kat sini kira murahlah tapi kalau tukar duit malaysia memang beratus huhu sabar jelahkan... takpe kasut tu sampai sekarbg tahan lasak yelah ori kot huhuhu... ok nanti nurul cerita lagi hari seterusnya nak sampai ke rabinvale ok 😁😁😁😁

Monday, 15 February 2016

Kenapa

A'salam... lama sangat pergi tak update blog tahun nie first pose kan.... nak nangis tapi tahan wei sedih kecewa semua cukup.... hati dah macam kertas dah koyak rabak tak tahu nak kata apa,
Entah apa nak jadi dah , tak sabar nak pergi dari sini tak nak ingat apa2 dah
Nak lupa semua...

Friday, 4 December 2015

cara nurul menabung

assalamualaikum... selamat pagi...

selalu pagi-pagi dah update tapi hari ni nurul lambat sikit sebab kena buat surat untuk
pustakaan negara so lambat sikit so sebelum kul 1 balik dari office update dulu..

ok nurul nak cerita cara nurul menabung nurul sangat suka dengan kumpul syiling sangat suka

sampai kat rumah banyak sangat tabung sampai mak pun bising :)

macam-macam tabung... tapi nurul mula berfikir hasil dia memang banyak tapi ambil masa yang lama juga hari tu masuk bank rm 600 je tak banyak dalam setengah tahun jugalah...

so agak lama.... mula cari konsep baru cara mnak menabung nurul still mengunakan kaeedah syiling

kat rumah ada 2 tabung syiling dan kat office satu tapi kat office nurul mula buat konsep rm5 sekeping

tiap kali ada duit rm5 nurul simpan mula nurul pada bulan lepas so semalam nurul kira ada dalam rm50... tak sangka juga walaupun jumlah tak banyak bagi nurul satu percapaian yang baik

sebab bulan lepas gaji nurul agak menurun sebab banyak cuti so potong gaji...dan banyak habis juga bulan lepas dengan kereta rosak huhuhu

bulan lepas sahaja dekat rm3500 juga habis untuk 'baby'  nurul tu tak apa sabar ujian tu..

so try untuk bulan ni pula bapa banyak nurul dapat,,,,,,,


jom ramai-ramai menabung bole buat duit travel....  :)




Thursday, 3 December 2015

preview movie point break

asslamualaikum.....morning guys...

semalam waktu balik dari office memang cadang nak pi alamanda nak cari novel

ramlee awang murshid yang terbaru kat mph... tapi sayang tak kuar lagi kecewa sikit

lambat betul keluarnya so jalan-jalan terfikir nak tengok movie apa terbaru

keluar untuk bulan december ni.. alahai sebenarnya nak tengok-tengok jer tak tersangaka plak terus beratur nak beli tiket...

hahahha.... tak apa kita tanya dulu cerita apa yang best so tanyalah kat adik jual tiket...

dia kata point break best juga.....

so ikut jelah cerita best juga so nurul bagi 4/5 bintang.... sebab actionkan so memang nurul suka...

pakwe dia handsome hahhaa.... sekali dengar suara dia macam paul walker plak...

cerita dia mengisahkan pasal FBI utar ....   perompak yang pelikkk kenapa pelik

sebab hasil rompakkan itu akan diberi pada orang miskin bagi utar kes ni sangat mencabar

minda dia......

nak tahu kisahnya sila tengokk....

:)

Wednesday, 2 December 2015

review boat noodle bangi KECEWA


 Assalamualaikaum.... morning.... semalam nurul dah review pasal movie hari nak review pasal makan pula.... :)


ok semalam masa balik kerja rasa macam nak dinner luar so terfikir nak mkn beef stick ok

so kita try kedai baru nie kat bangi.... mula-mula ingat boat noodle macam kat publika  damansara

yang nurul selalu pergi tapi bukan yang ni 100% muslim punya...

so kat situ dah lain so order nurul ingat dudak dan pelayan datang ambil order, tapi bukan mcm tu

sebab bila nak order kena beratur kat kuanter yang disediakan dah macam kfc dah rasa bila macam tu

so nurul beratur dan orderlah nak makan apa so , so pilihlan nurul semestinya beef stick

memang fav habis kalau beef stick so tgk macam sedap serius kuah dia memang terbaik memang tak dinafikan...

sebab pekat dan lain dari pada yang lain....

tapiiiiii........ ada tapinya juga ye.... beef dia tak masak kecewa disitu :( merah lagi adoi spoil dah , mood kat situ... sub...sub.....

panggillah pelayan balik tanya kenapa beef tak masak then dia bawak pi dapur.....

dalam 10 minit dia datang balik untuk ganti serius nurul ingat dia akan buat yang baru rupanya tidak

hanya panaskan balik apa yang nurul punya tadi.... adoi kat situ dah buat nurul rasa kedai nie tak professional dari segi layanan dia.....


macam mana nurul tahu?? sebab dia just susun balik kentang nurul kat pinggan lain sbb masa tu kentang nurul hanya tinggal 4 ketul macam tulah....


hailaaaaaa...... alasan yang turut nurul terima beef dia tebal sangat.... sebab tu tak masak

so bagi nurul kedai nie biasa2 je.. sebab kecewa punya pasalkan.....

dan sebelum nurul nak balik nurul terdengar customer complain kata mee yang dalm mangkuk sejuk

aduhai.... nampak tak kat situ nak tiru boat noodle tapi bgi mee dalam mangkuk sejuk...


tak elok untuk tarik customer bila ada orang complain.....

so akhir sekali memang nurul takkan pergi lagi kedai nie.....

rasa tak berbaloi dengan harga dia rm18.90 huhuhuhu.... ok bye sambung buat kerja.

Tuesday, 1 December 2015

Preview movie




Assalamualaikum.... selamat petang huh baru lepas lunch ok nurul nak preview cerita   hari sabtu lepas ... nak hilang kan stress katanya hahaha sekali tengok 3 movie terus!

tengok sorang-sorang je tak ada  kawan nak ajak :') nampak tak permainan dia kat situ

ayat minta penampar okey-okey taknak buang masa kita review cerita first nurul tengok...


 masuk wayang baru perasan yang hero dia en 'herry porter' kita ......
so dengan rasa terujanya tengoklah sebab ingat cerita dia best gila tapi tinggal harapan je..
tak best pun tahap biasa-biasa je sedihnya dengan jalan cerita dia...

so bagi 3 bintang je dari 5 bintang ... so masing-masing ada pandagan sendiri 
bagi nurul memang cerita dia slow sangat, tak action dan tak masuk akal pun ada...
so sape yang nak pi menonton tu sila menonton dengan kesabaran.... :) eluar wayang baru buat kecoh ye.... 


ok movie ke dua yang nurul tengok pukul 5.10 pm...


cerita ghoosebumps yang digalakkn tengok sebab cerita super best sebab kelaka sangat...

kalau ada anak kecil boleh bawak sebab jalan cerita dia tak menakutkan banyak action juga...

so nice bagi nurul..... so bagi 4 bintang :)


last movie nurul tengok the hallow


serius nurul ingat cerita hantu rupanya bukan !gila lagi stress hahahhaa

sebab dalam hati nak tengok cerita hantu rupanya bukan cerita harrow rupanya aduhaiiii...

geram tak ingat tapi but cerita just nice je.. nak kat best biasa juga bagi nurul....
 3 bintang untuk cerita nie...

next movie tunggu hujung minggu nie pula hahahha...

kali ni memang nak tengok cerita hantu nak jerit kuat-kuat nak join boleh anta komen kita jerit sama-sama kita pi alamanda :)


so takat sini je kerja gila nurul buat tgk next week movie apa keluar.......

ok nak sambung kerja balik bye. 





Giveaway Disember 2015 Cash RM500


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8
Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat



JOM JOIN ramai mana tahu rezeki koang juga nurul pun sahaja cuba nasip

good luck korang kalau nak join boleh tekan kat link nie ok. emas putih

Monday, 30 November 2015

bila ego mencanak naik

assalamualaikum......

selamat prtang.... gigih nak update blog.. walaupun seminggu kita tak updatekan...

tak apa janji kita update juga... dah hampir 2 minggu kita perang dingin dengan si dia nampak tak

ego dia macam mana, tak apa senyum je ada jodoh adalah kalau tak ada redha jelah...

rasanya ini gaduh kami yang agak memanjang kot :) kecewa? tipulah kalau tak kecewa

tapi nak buat macam mana kalau masing-masing taknak beralah kita pun malas nak cara.

ada rezeki korang makan nasi minyak adalah kalau takde jom kita belanja kat kedai mamak

hahahha.....

diam lebih baik rasanya dari bertikam lidah so kita diam jelah ye...

tadi pagi si dia call hanya nak cakap bateri kereta dia kong minta kita hantar beteri kereta dia.

kita pun jawap ok je.then terus letak phone see....

ego tak ego kita pun dah malas dah nak cakap apa nak ketawa pun ada

kaku semacam cakap dengan dia hebat betul gaduh kali nie.

boleh buat kita ni tak dapat nak bercakap.

dari fikir pasal dia baik fikir pasal diri sendiri....

hati ni rasa macam dah sebu dah rasa,

menangis? ohh maaf bukan kita .... orang lain mungkin dah melalak

tapi bagi kita nak nangis dengan prob ni rasa macam tak patut je...

mahal air mata kita nak menangis dengan benda-benda macam ni

kalau si dia nak tunjuk ego tak apa kita pun boleh

kita nak tengok berapa lama dia mampu bertahan ..... :)



Wednesday, 25 November 2015

kepada perniaga online.....

Assalamualaikum.......

Selamat Pagi.......

Nak meniaga online memang tak salah, tapi janganlah menipu customer....

baru-baru ni nurul ada order barang dengan peniaga online bila kita dah bank in duit

dia kata esok dia pos jumaat sampailah, oklah kita ni tunggulah juga bila minta traking number

tak pernah nak bagi macam kita pula yang terhegeh-hegeh kat dia ya Allah geram betul hati ni

tak apa layankan aja perangai dia nurul tunggu juga samapai hari isnin pun tak sampai juga

sampaikan hari khamis tak ada juga... bila kita whatapp dia tak pernah nak reply...

kita kalau nak meniaga,meniaga betul-betul janganlah buat customer macam ni

nak marah pun, hurm..... walaupun barang tu bukan ratus tapi duit juga...

meniaga biar jujur.... kalau barang tu tak ada cakaplah terus terang bukan nurul nak megamuk pun

just ko pulangkan duit nurul habis cerita ni tak buat diam.....

bila kita tanya dia, boleh pula nak marah-mrah kita... sekarang siapa yang salah ??

aduhai sakit pula hati kita ni......

Tuesday, 17 November 2015

jauh

Asslamulaikum......


Selamat PEtang Semua Dah Pukul 5 pm.....

Kerja Dah Siap Curi Masa Sikit Update Blog.....

TInggal 27 Hari Mungkin Nurul Akan Berhenti Kerja Kat Office Ni

Rasa Sayang Nak Berhenti Tapi Tak Mampu Nak Tahan Tahap Stress...

Stress BUkan Sebab Kerja Tapi Stress Dengan Orang.... :)

sO Nurul Ambil Keputusan Nak Merantau Destinasi Yang nurul Pergi....Jeng Jeng....

Rahsia Tak Boleh Bagitahu Lagi Hari Terakhir Nurul Kat Malaysia Nurul Akan Bagitahu ok...

Nurul Mula Dah Fed up Dengan Life Nurul Kat Sini Kadang Dah Tak Mampu Nak Tahan Dah...

Penat Sangat-Sangat Dah Rasa Sangat Penat !

Rasa Ini Keputusan Yang Terbaik Untuk Nurul.... :)

Biar Jauh Dari Malaysia Dan akan Balik Juga Nanti Nak Cari Pegalaman Sebanyak Yang Boleh..

Kadang kita tak tahu yang hidup ni perlu ada pergorbanan dan ada juga manusia yang takut nak buat

keputusan dan nurul nak buktikan pada semua orang yang nurul boleh buat apa yang nuru;l nak buat

dan nurul tak kan susahkan siapa-siapa pun dengan keputusan yang nurul buat......

kecewa? mungkin salah satu punca nurul pergi adalah kerana kecewa yang tak mampu nurul bendung

kecewa dengan sikap manusia yang tak faham apa yang nurul nak...

tak, tak fikir apa yang perlu dia buat tak fikir macam mana nak ubah diri sendiri..

maaf nurul bukan sesabar itu nak tunggu,dan nurul tak mampu nak bertahan lebih lama...

dan lebih baik nurul jauhkan diri buat sementara......

Saturday, 14 November 2015

Kalau

Assalamualaikum......

hIDUp Memang Pelik eNtahlah.... Nak cERita Pun DAh Tak Reti.... sakit HAti ALlah JE Yg tahu nak terasa banyak KAli dah terasa tak apalah SAbar? Sampai Bila nak sabar? Kita Pun Ada Perasaan JUga tapi Entah kEna campak Kot! 

tAk apalah Lepas Ni saya TAk mInta tolong AWak dah, Itu janji saya TAk apalah saya Susah sendiri pUn tak apa Saya Rela kot DAri sakit Hati Macam Nie... 

Rasa memang saya NIe kena Pergi jauh tak MAhu nak fIkir benda-benda bodoh MAcam nie!! 


Thursday, 12 November 2015

Adab

Asslamualaikum....

Tengah HaRI dH ....

Curi Waktu LuncH uNTUK Update Blog Hari Sangat Banyak Kerja SOrang Staff Tak datang Kerja

sEpaTUTnya Kita Nie Yang Kena Cuti Sebab Tak Sihat Fikir Banyak KerJA kat OFFICE Gagah Juga Diri Pergi Kerja...

Tapi Yang Staff Sorang Nie BAru Je Kerja Seminggu PEGHH perangai Mcm Dah KERja SEtahun...

fIRST dAY keRja Dah half day peghh DAhsyat TAK dahsyat GEram Pun Ada Dan hari Ni Dia Buat Hal lagi harI Nie Bnyak YANG PERlu DIA siapkan dan KErja nurUl AKAN tertangguh Gara-GArA DIA sakit BEtuL hati NIE


kiTA ni Klau dah DIBERI peluang UNTUK berkeja, KERjalah BETUL -bETU,L nie tAK buat PASAL pulak  TAK KE meyusahKAN  ,  dah menggangu KErja ORANg lain Pulak Tak paSAL keNA TURUN padang UNTuk settlekan benda nie peghh DAHLAH oRANG tak SIhat .....

bERtambah KerJA pULA.....

sO korang YAng Nk MASUK Kerja Tempat mana-mana  jAGALah TinGKAH laku kAT tempat  bARU seRIUS bELUM tentu OrNG bbOLEH terIMA siKAP kITA yNAG macam Tu...

NAK oRang HORMAt KIta SO kITA keNA hORmat OARANG LAIN duLU...

Jangan Ambil Mudah Benda NI Sebab akan MeyUSAHKAN oRANG lAIN kalau BetuL ada MASALAH call Orang yang SEPATUTNYA tak Perlu hanya sms KIta aDa ADAB so KENA jadi Orang Yang Beradab....




janji kosong

assalamualaikum......


peghhh bersawangkan??

Lama Benar Cik Nurul Hilangkan......

Ok Nurul Taknak Cerita Apasal Nurul Hilang..... Alhamdulillah Nurul Dah Dapat kerja...

Walaupun Taknak Sangat Kerja Ni Tapi Bak Kata Orang Yng Taknak TuLah Yang Kita Dapat Ye dak?

So Jadilah Seorang Account Di Company Melayu Tak Apa Rezeki Tu.... Pegalaman Kerja Sebagai Account Bukan Senang ok Seminggu Kerja Dah Kena Maki Walaupun Bukan Salah Kita Mula Nurul Nak Give Up Juga Tapi Fikir Balik Nak Cari Pegalaman Tawakal Jelahkan....

Alhamdulillah Dah Hampir 4 Bulan Juga Bertahan! Peghhh Tak Sangka Dapat Bertahan....

Tahniah Untuk Diri Sendiri Big Slap!! :)

Banyak Jadi Selama Nurul Hilang....

Macam-Macam Jadi Kat Nurul Petama Adalah Kehilangan My MOcHI (kucing)
Sedih Jangan Cakap Meraung2 Nangis ARwah Abg Nurul Meninggal Pun Nurul Tak Nangis ...
Pelik Hati nie.....

Sehari Mohci Mati Mak Pulak Kena Ragut peghh Memang Ujian Betul Peragut Tolak Mak Nurul Dalam Longkang Mak punya Tulang Rusuk Patah Dua...

Seminggu Selepas Tu Makcik Nurul Pula Meninggal Dunia yA ALLAH... Betul-Betul Ujiankan..

so Lama Nurul Hilang Sebab Uruskan Diri Tak Rupa DIri Hahaha :)

Insyaallah Kalau Boleh Nak Update selalu Cerita Pasal Tempat Kerja

Pasal TEmpat Makan Ynag Nurul Pergikan ....

Doa-doakan ye....

ok Nurul Nk Sambung Buat Kerja Balik.... :)

terlebih top :P