nuhara
cinta cintun hara :)
Sunday, 20 November 2022
2022
Wednesday, 3 January 2018
23/12/2017
23/12/2017 bermulalah kehidupan menjadi isteri orang, macam tak percaya kami dah jadi isteri orang tapi alhamdulillah dipermudahkan semuanya,berjalan lancar apa yang dirancang, walaupun pada awalnya memang ada masalah dengan suami, tapi alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baiknya. terima kasih pada yang hadir pada yang tak hadir pun tak apa kami tak marah lagipun kami buat biasa-biasa je.
BIla dah jadi isteri orang ni kami rasa lain sikit hahaha apa benda nak buat semua kena bincang dengan suami, dulu buat sesuatu mana nak bicang-bincang selalu buat kepala sendiri contoh macam pergi australi dan korea hari tu mana ada nak bincang hahaha tu cerita masa bujang sekarang ni dah tak boleh danh nak buat perangai macam tu dahkan, dah jadi isteri orang kena hormat suami, kena bagitahu apa yang kami buat kat suami.
Petama kali tanggungjawap dah besar rasanya dulu-dulu boleh je nak bangun lewat sekarang tak ada dah,secara automatik dah bangun awal, dah masak untuk suami, dulu mana ada macam tu hahahaha zaman anak dara takadanya nak buat sarapan bagai kadang-kadang je buat hahahaha megaku ok zaman tak kahwin malas dia lain macam sikit, alhamdulillah selama hampir 2 minggu kahwin buat masa ni tak ada apa-apa masalah lagi tak tahulah akan datangkan tapi in sha allah tak ada apa-apalahkan.. ok lah nanti kita update lagi azam tahun baru nak update blog hari-hari :)
ohh lupa tampal gambar satu masa kahwin ok.
Wednesday, 21 June 2017
hai malaysia bye australia
alhamdulilah sampai juga hampa kat malaysia ingat 5 tahun akan datang baru hampa nak jejak malaysia balik tapi takdir tak memihak pada hampa,ikut hati hampa tak balik lagi malaysia tapi tanggungjawap hampa memaksa hampa balik juga ke negara asal hampa,,
korang pun tahukan last year kakak hampa meninggal dunia, jatuh sekejap hampa ALLAH duga hampa masa hampa kat australia takapa hampa redha itu tkdir hampa, hampa balik dengan rasa tanggungjawap hampa pada ibu ayah dan anak buah hampa yang arwah kakak hampa tinggalkan hampa balik,
dan lagi sekali hampa diduga setalah 2 minggu hampa balik ayah pula meninggal dunia, tapi hampa lega hampa sempat tatap dia untuk terakhir kali hampa sempat jaga dia mandikan dia,hampa tak ralat sangat macam hampa ralat hampa tak dapat tengok kakak hampa....
alhamdulillah hampa lega sebenarnya dah balik dan tunang hampa pun lega hampa balik :)
in sha allah hampa kahwin bulan 12 ni.. doakan hampa ye..
hampa takut juga nie banyak yang hampa kena uruskan minta-minta sempatlah hampa nak uruskan urusan kahwin hampa. banyk juga hampa kena selesaikan dahlah hamp tak pi lagi krusus kahwin,
pening kena mula dari mula balik....
sebelum ni hampa tak jadi kahwin hampa dah cancel semua apa yang hampa dah tempah, nie kena cari balik no contact semua orang dahlah hampa tukar no phone dah tak apa slow-slow hampa buat,
okeylah nanti hampa update lagi in sha allah kali ni hari-hari hampa update pasal hampa yelah dah ada kat malaysiakan dah ada laptop hampa balik masa kat australia hampa tak bawak laptop. mana dan hampa nak updatekan.
assalamualikum.....jumpa lagi nanti na,
Friday, 24 March 2017
20.9.2016
Lama sangat nurul meyepikan diri... di izinkan Allah nurul diberi kekuatan untuk post entry ini, semoga nurul tabah untuk taip panjang lebar sampai ke titik akhir. 20.9.2016 tarikh yang tak mungkin nurul dapat lupakan sepanjang hidup nurul.
Dibumi australia nurul diturunkan ujian kehilangan kakak tersayang Allah hanya Allah yang tahu kesedihan yang dirasa.. tepat pukul 2 a.m waktu australia dapat call dari keluarga megatakan kakak telah pergi tinggalkan nurul untuk selama-lamanya, terkejut,mengigil rasa tubuh nurul untuk mehadam pekataan Dia dah tak ada.. mulut hanya berkata Allah..Allah kau telah turunkan ujian yang sangat besar pada nurul,sekelip mata KAU ambil seseorang yang sangat rapat dengan nurul.
baru pagi tu tu dia whatapp nurul subhanallah sekejap sahaja kau ambil dia. tanpa kata-kata dapat didengar dibicara dengan nurul iada pesan yang ditinggalkan untuk nurul.
Hati tetap tak percaya sampailah dapat bercakap dengan mak Allah masa ni nurul tak mampu nak berkata dengar suara mak "Kakak kau dah tak ada ...dalam keadaan sedu" jantung nurul seperti nak pecah dengar suara mak lemah tubuh nurul lemah selemah-lemahnya, nurul tertanya kuat ke diri ni nak terima ?kuat ke diri ni nak bicara dengan mak?kuat ke diri ni nak sabarkan mak?kuat ke diri ni nak tenangkan mak? sedangkan nurul kat sini dah terduduk dengan khabar yang tak disangka.
Tanpa sempat kata maaf dapat nurul ucapkan,tanpa sempat nurul katakan nurul sayang dia, tanpa sempat nurul katakan terima kasih jadi kakak yang baik untuk nurul. tanpa sempat semuanya.
Allah telah panggil dia dahulu.
Banyak yang nurul nak cerita dekat dia banyak sangat, tak ada lagi teman nurul nak bergaduh,tak ada lagi teman nurul nak bermanja,tak ada lagi orang yang nurul nak tolong, tak ada lagi orang yang nak membebel,tak lagi orang yang nak megalah dengan nurul,tak ada semua tu.
Nurul tak dapat balik ke malaysia tepat pukul 11 pagi kakak selamat dikebumikan nurul sempat buat video call tengok segala urusan perkebumian. Hanya allah yang tahu teringin sangat nurul nak cium dia buat kali terakhir tapi Allah tak izinkan hanya mampu tengok dari jauh hanya mampu lihat di hp sahaja,
dapat tengok mak keadaan mak, sayunya hati sayunya lihat mak kalau nurul ada, lemahnya mak.
kehilangan anak,kehilagan anak yang rapat dengan nya. dan nurul kehilagan kakak.
Dan in sha allah nurul akan jaga zuriat beliau dengan baik, satu-satu harta yang dia tinggalkan untuk nurul. Ida nurul sentiasa doakan kau di sana in sha allah kita akan jumpa nanti di alam sana.
pergilah insan yang bernama ida noraini bt ramli.
AL-FATIHAH.
22:55 P.M 24.3.2017
AUSTRALIA.
Thursday, 25 August 2016
Assalamualaikum...
As'salam.....
Mencari rezeki dibumi ALLAH s.w.t bukanlah sesenang ABC, tapi usaha selagi mampu, tawakal semoga ALLAH permudahkan semuanya. Fuhh.. lama sangat senyap tanpa khabar berita ye, tak ke mana pun tapi kita tak tahu nak update apa tiap kali nak update asyik tepu je.
Selalu bukak facebook tapi jarang juga update status tengok je lebih, rindu dekat family dekat malaysia rindu dekat mak, tapi nak buat macam mana cari rezeki punya pasal semoga rezeki melimpah ruah cepat-cepat dapat balik malaysia mulakan business.
Dekat sini banyak sabar je kita ni, jumpa orang macam-macam ada yang suka kita ada yang tidak kena pandai bawak diri kalau tidak memang susah, lagi-lagi kalau duduk serumah ALLAH hanya tuhan je tahu tak selesa dia macam mana, minda kena kuat kalau tidak berhuhu lah ye, buat itu salah buat ini tak betul, banyak sabar jelah lagi-lagi kalau orang tu lebih tua, lebih baik elak kan diri, tak kisahlah dia nak kata kita apakan selagi kita boleh elak baik elakkan, kita dekat sini banyak diam. Nak jaga hati semua orangkan.
Kita tak tahu salah apa kita buat, nak kata kita berkurang ajar ALLAH minta simpang tak penah lagi kat sini kita buat hal tapi hamba ALLAH ni tak tahulah taknak bertegur sapa dengan kita, sebagai manusia tak ada yg lari dari buat kesilapan kalau ada berilah tahu ni tidak senyap seribu bahasa tanpa alasan yang kukuh, asyik nak mermerli je, so baik kita jauhkan diri. Dan tak ganggu sape2 kita buat hal sendiri je. Lagi baik, tak sabar nak tunggu bulan 11 nak pergi balik tempat asal robinvale rindu suasa ceria dengan kawan-kawan kat sana.
Monday, 18 July 2016
Hidup di australia
Assalamualaikum....
Fuhhh lama kita tak update blog bersawang dah blog kita, banyak nak cerita banyak sangat-sangat dan pegajaran kita dibumi australia nie ada yang baik ada yang tidak, tapi kita percaya setiap apa yang terjadi ada hikmah dan ada pegajaran yang kita dapat. Berlajar selagi kita mampu belajar.
Yang baik kita jadikan panduan yang tak baik kita jadikan tauladan...
Ok first nasihat dari orang merantau, satu pesan kita kawan-kawan yang terfikir dan tergerak hati untuk mencari rezeki dibumi australia silalah cari banyak info yang ada banyak bertanya jangan main pergi, jangan mengunakan AGENT itu satu nasihat kita kat korang, kebanyakkan orang kita jumpa dekat sini banyak menggunakan agent, sebab bgi mereka apa yang agent janjikan betul. Tidak ye tidak semua yang betul. Janji dapat 14k sebulan atau lebih adalah tak betul bulan petama pedapatan kita takkan boleh cecah macam tu sebab kita masih berlajar untuk petik buah. So jangan terpedaya.
Sepanjang kita dekat sini hampir 4 bulan banyak yang kita belajar, banyak jumpa orang macam-macam ragam dan perangai, ada yang baik dan sebaliknya pun ada, tapi bagi kita selagi niat kita betul in sha allah kita semua akan selamat, kadang sedih tengok orang seagama kita lalai, minum arak sampai sini semua dah jadi lain yelah negara luar tiada sape nak halang tiada sape nak cegah tiada siapa peduli apa nak buat, solat kemana iman kemana semua dah kelaut. Tapi tulah benda-benda nie semua megajar kita untuk dekat dengan allah swt apa yang terjadi apa yang kita lihat jadikan pegajaran, kita dah nasihat kita dah cuba cegah tapi orang tak dengar apa yang mampu kita buat hanya berdoa yang mereka berubah.
Nanti kita sambung pegalaman kita petik buah sampai habis musim grape ☺
Sunday, 20 March 2016
hari pertama di australia melbourne
ok nurul nak cerita pegalaman pertama nurul dekat melbourne nurul pergi 2 orang nurul dan juga amalin kawan nurul di malaysia. nurul gerak dari malaysia dalam pukul 1.30 p.m jangka sampai di airport melbounre tengah malam, sebelum sampai ke melbounre dalam kapal terbang ad satunkejadian terjadi peghhh dahsyat je rasa sebab masa tu nurul tengh tidur. ada seorang cina hisap vape dalam tandas pramugari ketuk pintu tandas macam nak pecah bayangkan masa tu nurul tengah tidur sambil pakai earphone dan boleh dengar. masa that guy keluar ramai sangat orang tengok. pegh marah betul pramugari tu lepas ramai orang tengok pramugari tu mulalah cakap bahasa cina mungkin taknak bagi kita orang dengar. rasanya cina tu kena saman huhu gilalah banyak kot rm50000 atau rm500000 gila betul kan hisap rokok atau vape memang boleh dalam kapal terbang bodoh betul.
okey sambung balik so nurul sampai melbounre dalam pukul 1 a.m orang kata masa nak masuk tu agak ketatkan tapi alhamdulillah semua proses tu senang je kat nurul, tak ada kena check apa semua, after je kat kastam nurul terus cati sim card untuk hp nak call orang malaysia nak bagitau nurul sampaikan... sebab sim lama mmg dah xboleh pakai dah jadi tak ada line. so nurul belilah sim optus yes $40 dolar untuk 8gb internet call dan sms unlimited untuk asia so terus call mak kata dah sampai, sebelum lupa waktu kat Australia 3 jam awal dari malaysia so masa call mak tu kat malaysia baru pukul 10 malam.
sebelum lupa nak bagitahu yang nurul datang melbounre bukan untuk bercuti tapi berkerja hehee... after semua settle sim dah beli semua so kitaorang pun gerak keluar airport untuk beli tiket bus untuk pergi ke stations kereta api untuk pergi ke ravinvale so naiklah bus skybus (kalau korang nak dtg korg just ambil bus nie je dont worry bus nie 24 hour) so kami pun naik buslah sampai je kat station kereta apo tu kena tunggu sebab kereta apo tu open dlm 5.30 pagi so kami sampai tu dalam pukul 2 pagi macam tu so terpaksalah tunggu.
so sambil tunggu tu nurul jalan-jalan lah tengok bandar melbounre cantik kalau malam dan sangat sunyi tak banyak kereta pun tak macam malaysia siang malam penuh sangat dengan kereta kat sini tak pun...
masa berjalan tu terjadilah satu kejadian kasut nurul tercabut peghhhh azab weeiii eeee tension gila terpaksalah stay kat tempat duduk sampai esok hari untuk beli kasut baru.
so ke esokkan harinya nurul belilah kasut baru terbang duit $49 dolar huhuhu kat sini kira murahlah tapi kalau tukar duit malaysia memang beratus huhu sabar jelahkan... takpe kasut tu sampai sekarbg tahan lasak yelah ori kot huhuhu... ok nanti nurul cerita lagi hari seterusnya nak sampai ke rabinvale ok 😁😁😁😁
terlebih top :P
-
As'salam...... Morning 6.36 a.m awal pagi tapi mata masih tak tutup,tutup....... tak apa rasa macam nak update blog tak apalah walaupu...
-
as'salam....... ramai orang duk msg kita kat fb minta resepi ok... kita share ye resepi kita.... kita memang minat buat benda lah ca...
-
as'salam.... semalam nak update tapi sambil taip mata tertutup pagi-pagi ingat nak published sekali bukak-bukak blog gone sekali semala...
-
betul ke??sebenarnye hara percaya yg michael jackson dan Princess Diana dibunuh... yelah kenapa mesti bunuh beliau? sbb petama mestilah ...